Wednesday 16 July 2014

Mengenali cappoccino dan kawan-kawannya.

type-of-coffee-2


Bila dah betul-betul ok semalam, terus Fiefi menggoogle apa itu cappoccino.

Dari satu sumber ni, barulah betul-betul faham pasal minuman kopi ni. Banyak jenis ok, minuman-minuman kopi ni. Cuba pergi coffee shop mana-mana, banyakkan dia punya pilihan. Antaranya cappoccino, mocha, latte, espresso dan pelbagai gabungan lagi. Fiefi sebelum ni suka hati jek nak pilih apa, pilih mana yang mulut nak sebut tanpa mengetahui apa sebenar ramuannya. Tapi sebab hal semalam, Fiefi gigih cari info pasal semua ni.

Sebenarnya, bahan utama untuk hasilkan macam-macam pilihan tadi ialah espresso. Iaitu coffee  yang concentrated. Senang citer, kopi yang sangat-sangat pekat, likat dan pahit ye! Isipadu airnya sangatlah sikit dan ini berbeza dengan coffee yang isipadu airnya adalah banyak dan kurang pekat. Kiranya, coffee  adalah espresso yang dicaikan.

Cappuccino  pula espresso yang ditambah susu. Dan latte ialah espresso  yang ditambah dalam susu. Faham dan nampak beza tak? Macam ni, ibarat segelas espresso ditambah dengan susu (cappuccino) manakala segelas susu ditambah espresso (latte). Bezanya latte  ni banyak bahagian susunya. Tapi kalau mocha lak, espresso yang ditambah coklat.

Ok, tu jek kefahaman basic pasal coffee yang Fiefi nak kongsikan.
Harap bermanfaat =)


Tuesday 15 July 2014

Cari pasal lagi, kan da cirit birit.

Ok, hari ni hari nuzul Quran. Perlis cuti.

Alkisahnya, nak shoping baju raya tapi pilihan yang banyak itu menyebabkan mata ni susah nak pilih dan end up dengan tak beli apa-apa pun.hahaha. Exercise jek =)
Tempat pertama yang dikunjungi adalah Pasific, Alor Star...disebabkan bigboss da tak berkenan so p Tesco Mergong lak.

Sampai sana da pukul 7pm. Maghrib pukul 7.40pm. Makanya, terus pi cari tempat untuk berbuka puasa. Pilihan nak ke Rasamas tapi dah full, so ke kedai sebelah jawabnya iaitu Noodles Station (NS). Jujurnya, tak pernah makan kat sini. Ni first time dan ingatkan kat NS hanyalah ada MI sahaja.hahaha. Lawak jap sebab begitu jakun ok. Tapi disebabkan meja-meja kat luar tepi kaunter tu dah terhidang hidangan iaitu NASI, maka terus tekad berbuka puasa di situ sahaja.

Fiefi telah memilih nasi goreng. Fullnamenye lupa nasi apa dan bigboss pilih nasi putih berlaukan daging. Daging masak hitam dan sama kes, tak tahu full name apa. Maaf ye readers sebab waktu pesan, main tunjuk-tunjuk je nak apa =)

Air minuman pula, Fiefi pilih cappoccino ais dan bigboss teh lemon ais.

Dah setel berbuka, pi surau setelkan solat maghrib dan kemudian terus membeli sedikit barang dapur di Tesco sebelum pulang ke rumah.

Perjalanan dari Alos Star ke Bukit Kayu Hitam memakan masa sejam. Setelah setel menidurkan II dan HH, satu 'rasa' tak sedap mula hadir. Rasa tersebut ialah rasa perut yang sebu dan sangat tidak selesa. Makanya , terus membersihkan diri dan bersiap untuk tidur bagi menghilangkan rasa tidak sedap itu.

Tidur lena hanya 2 jam dan setelah itu bermula episod Fiefi dan Cik T. Sesungguhnya, rasa tak sedap tadi telah bertukar menjadi sakit perut yang amat hingga habis semua isi perut dikeluarkan. Lemah longlai Fiefi jadinya. Tak cukup keluar ikut aras, ikut bawah pun ye jugak. Betul-betul longlai Fiefi dan inilah first time rasa macam mangsa keracunan makanan. Full package, muntah dan cirit birit. No energy dan rasa macam nak pitam, ok.

Minuman isotonik yang ada kat rumah hanyalah 100+ sahaja sebab my PD belum order lagi. Minum sikit je dulu bagi reda jap. Kemudian, minta tolong bigboss sapu minyak Yuyi kat perut. Then, rest jap.

Kejap jek rest, then episod Fiefi dan Cik T bermula lagi sekali. Kemudian, baru rasa sedikit lega setelah 3 biji alfalfa ditelan. Al Hamdulillah. Rest jap. Dan, episod 3 Fiefi dan Cik T brrmula. Al Hamdulillah rasa lega lagi sikit. Alas perut sikit dengan vitagen II, ampun ye...tumpang minum sikit.

Moral of the story, Fiefi kalau sedang mode perut kosong memang tak boleh masukkan makanan berminyak first, natijahnya perut tak selesa, sebu dan mual. Kena cari makanan lain yang tak berminyak stau bergoreng. Roti takpe =)

Dan lagi satu yang persan after melahirkan HH ni, memang badan dah tak nak kawan dengan minuman berkafein ni, sebab pantang ambil je mesti jadi badan berangin kus-kus. Hari tu minum air teh o jek pun, semalam perut tak ok. Makanya, Fiefi say bye bye to all minuman berkafein. Melainkan mahu mengulangi episod Fiefi dan Cik T =).


Sekian,
coretan di kala perut berangin dan sebu lega.
Al Hamdulillah atas ujian ini.

Monday 14 July 2014

1 Rumah, 1 Performance Drink Shaklee

Wah, tajuk... gempak gitu =)
Tapi ya, sangat-sangat digalakkan ok untuk 1 rumah memiliki 1 canister Performance Drink Shaklee (PD) ni. Lagila, sekarang ni kita sedang berpuasa pada musim el nino. Kehangatannya mudah terasa.

Takmo panjang lebar mukaddimah, meh nak kenalkan apa itu PD ni...

PD adalah sejenis minuman isotonik yang unik. PD mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga kerana rumusan eksklusif OptiCarb yang telah dipatenkan oleh Shaklee. PD menjadi pilihan para atlet dalam mengatasi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan akibat penyahhidratan. Lagipun telah terbukti secara klinikal PD menyokong tahap hidrasi berbanding air.

Manfaat utama:

  • meningkatkan daya ketahanan badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.
  • membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.
  • mencegah penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • mengekalkan paras gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
PD dijual dalam bentuk serbuk dan enak diminum begitu sahaja atau dicampurkan bersama minuman lain. Ianya  sangat sesuai untuk :
  • para atlet
  • mereka yang berpuasa
  • sebelum dan selepas pembedahan
  • tidur lewat malam
  • individu yang mudah letih dan lesu
  • mereka yang alami cirit-birit
  • pesakit denggi
  • ibu hamil dan menyusu
Berikut antara testimoni dari insan-insan yang telah menggunakan PD.






Sekian,
senyum sokmo =)